Followers

Sunday 24 April 2011

Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan

Petang tadi, sekembalinya my hubby dari tempat kerja dia ajak kami anak-beranak ambik angin kat Pantai Sabak. Niat sebenarnya bukanlah nak ambik angin sangat, tapi nak gi rendam tangan i yang terkena serangan eczema kat dalam air laut. Petua orang dulu-dulu, katanya air laut sangat bagus untuk menyembuhkan penyakit gatal-gatal kulit ni. 


Alang-alang tu, leh la i share skit info pasal pantai indah yang penuh dengan 1001 cerita ni:


Dalam sejarah Peperangan Dunia Kedua di Tanah Melayu, nama Pantai Sabak telah mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air. Pantai yang terletak di negeri Kelantan dan berhampiran dengan siam menjadi begitu strategik sekali.


Oleh sebab itulah Inggeris telah mengadakan benteng pertahanan yang kuat di Pantai Sabak sebagai pangkalan utama menghalang kemaraan musuh dari laut. Namun begitu pada hari ini kesan-kesan kubu Pantai Sabak itu sudah tidak dapat dilihat lagi kerana telah terhakis dan ditenggelami oleh air laut.


Menurut penduduk hakisan ombak terhadap Pantai Sabak dikatakan bermula sejak 1985 setelah pasir di pantai itu diambil untuk membesarkan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.  Kemudian hakisan bertambah teruk setelah benteng dibina di Kuala Kemasin tidak jauh dari Pantai Sabak.


Akibat hakisan yang teruk itu, inilah keadaan pantai itu sekarang: 




Batu-batu besar ditimbun dan dijadikan benteng bagi menghalang hakisan teruk berlaku.




Ni view dari gerai makan di sekitar pantai. Kalau nak tengok pantainya kenalah panjat batu-batu itu. 


Inilah keindahan Pantai Pandak yang masih boleh kita nikmati hari ini. Kesan-kesan tinggalan sejarah semuanya lenyap bersemadi di dasar laut. Kalau berpeluang, x rugi tau singgah ke pantai ni terutama bagi yang nak tengok sendiri suasana perkampungan nelayan.. jangan risau, pantai ini masih cantik dan indah. 

No comments:

Post a Comment